Sunday, March 29, 2009

hazihi FITNAH!!

"FITNAH!!"
aduh, memang sakit menanggung desakan fitnah! apabila kita menafikan, ramai yang mengiakan. namun siapa mereka yang mendakwa diri lebih tahu apa yang kita lakukan??

atau tiba2 fius akal kita bermasalah dan merekalah yang menonton perbuatan kita. kerana lagaknya seolah-olahnya begitu...

teringat saya kepada kisah saidatina Aisyah R.Anha yang di fitnah. sehingga Rasulullah juga hampir-hampir termakan isi fitnah tersebut.Di fitnah nya Aisyah menduakan kasih baginda Rasulullah. namun, apalah dayanya Aisyah yang di fitnah membela diri di khalayak yang tidak mempercayainya...

Pernahkah anda merasai deritanya di fitnah? apabila kita di tuduh melakukan sesuatu yang kita pasti kita tak melakukannya..dan bertambah sakit lagi apabila ramai yang mempercayai
khabar tersebut dari pengakuan kita...

al fitnatu asyaddu minal qatl..

begitulah besarnya kesalahan menfitnah, darjatnya lebih tinggi dari membunuh..

Sekali di fitnah,
mangsanya hilang maruah,
pendengarnya jadi banyak berprasangka,
ramai yang hilang kepercayaan,
penyebarnya menanggung banyak dosa,
pemangsanya pasti paling bahagia,
kerana dialah SYAITAN
yang misinya memporak-perandakan iman manusia,
pencetusnya pasti menempuh malu di akhir nanti,
kerana kebenaran pasti terbukti...
maka berasa malulah untuk memulakan fitnah..
berasa takutlah untuk menyebarkan khabar yang tak pasti,
beristighfarlah apabila mengetahui aib manusia lain,
semoga Allah menutup aib kita,
Janganlah cepat melatah dan menghukum dari khabar yang baru diterima,
Semoga ukhuwwah terjaga,
semoga gagallah perancangan syaitan laknatullah!!

Bersabarlah wahai mangsa fitnah,
kerana ini juga 1 ujian,
menduga keimanan kita kepada YANG MAHA MENGETAHUI,
kerana Allahlah yang mengetahui setiap perbuatan kita,
mengetahui isi hati setiap makhluknya..

Berjaga-jagalah wahai para mukmin,
dengan serangan fitnah dari yang penuh berprasangka dan hasad dengki,
jagalah sakhsiah diri,
semoga jauh dari fitnah yang tidak diingini...

2 comments:

helang timur said...

firman Allah

"fatabyyanu"

*apabila sorang fasiq mmbawakan satu cerita, maka, siasatlah..*

jika sume org bpegang pd ayat ini, tiadalah fitnah yg blaku..

Allahu`alam..

Unknown said...

salam....Fatimah

nak bgtau sket =)

hehe..

"alfitnatu asyaddu minal qatl...."

betul....fitnah mmg sgt pahit utk ditelan..

tapi....

utk kalam Allah di atas ianya bukan ditujukan kepda fitnah yang Fatimah faham...

sbb "fitnah" itu sendri diterjemah dalam pelbagai definisi oleh quran dan hadith...

utk ayat di atas ni...


fitnah bermaksud Syirik.

Firman Allah :

والفتنة أشد من القتل

“Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh.” (191 : al-Baqarah)

وقاتلوهم حتى لا تكون فتنة

“Dan perangilah mereka supaya tidak berlakunya syirik.” (193 : al-Baqarah)

والفتنة اكبر من القتل

“dan Syirik lebih besar dosanya dari membunuh.” (217 : al-Baqarah)


erm....ramai lagi yg tak tahu pasal ayat ni dan ramai yg berfikiran bahawa fitnah itu refer kepada "pertuduhan"..

info pasal fitnah ade kat sini..
http://akhisalman.blogspot.com/2009_03_01_archive.html


harap Fatimah bersabar dgn ape yg Timah lalui skrg...
insyAllah segala yg berlaku ade hikmahnye...

jom...kita sama2 perbaiki diri....

okey...nant xchange link yer Fatimah...

miss u so much...