Sunday, March 29, 2009

hazihi FITNAH!!

"FITNAH!!"
aduh, memang sakit menanggung desakan fitnah! apabila kita menafikan, ramai yang mengiakan. namun siapa mereka yang mendakwa diri lebih tahu apa yang kita lakukan??

atau tiba2 fius akal kita bermasalah dan merekalah yang menonton perbuatan kita. kerana lagaknya seolah-olahnya begitu...

teringat saya kepada kisah saidatina Aisyah R.Anha yang di fitnah. sehingga Rasulullah juga hampir-hampir termakan isi fitnah tersebut.Di fitnah nya Aisyah menduakan kasih baginda Rasulullah. namun, apalah dayanya Aisyah yang di fitnah membela diri di khalayak yang tidak mempercayainya...

Pernahkah anda merasai deritanya di fitnah? apabila kita di tuduh melakukan sesuatu yang kita pasti kita tak melakukannya..dan bertambah sakit lagi apabila ramai yang mempercayai
khabar tersebut dari pengakuan kita...

al fitnatu asyaddu minal qatl..

begitulah besarnya kesalahan menfitnah, darjatnya lebih tinggi dari membunuh..

Sekali di fitnah,
mangsanya hilang maruah,
pendengarnya jadi banyak berprasangka,
ramai yang hilang kepercayaan,
penyebarnya menanggung banyak dosa,
pemangsanya pasti paling bahagia,
kerana dialah SYAITAN
yang misinya memporak-perandakan iman manusia,
pencetusnya pasti menempuh malu di akhir nanti,
kerana kebenaran pasti terbukti...
maka berasa malulah untuk memulakan fitnah..
berasa takutlah untuk menyebarkan khabar yang tak pasti,
beristighfarlah apabila mengetahui aib manusia lain,
semoga Allah menutup aib kita,
Janganlah cepat melatah dan menghukum dari khabar yang baru diterima,
Semoga ukhuwwah terjaga,
semoga gagallah perancangan syaitan laknatullah!!

Bersabarlah wahai mangsa fitnah,
kerana ini juga 1 ujian,
menduga keimanan kita kepada YANG MAHA MENGETAHUI,
kerana Allahlah yang mengetahui setiap perbuatan kita,
mengetahui isi hati setiap makhluknya..

Berjaga-jagalah wahai para mukmin,
dengan serangan fitnah dari yang penuh berprasangka dan hasad dengki,
jagalah sakhsiah diri,
semoga jauh dari fitnah yang tidak diingini...

Monday, February 23, 2009

Mengapa Yahudi Bijak??

Semoga mendapat manafaat dari kandungan dibawah, ingatlah bahawa kitalah yang mesti melakukan perubahan, kalau bukan kita, nak tunggu siapa danbila????. Perubahan yg kita buat bukan untuk kita tapi untuk jenerasikita setetrusnya. Fikir fikirkanlah. .... dan sebarkanlah demi umat Muhammad, bangsa, generasi kita dan negara. Sesuaikanlah dgn amalan agama kita dan ajaran Rasul kita, seperti: gantikan musik denganAlqur'an. (Membaca,terjemah, mendengar dan amal).

Mengapa Yahudi Bijak?


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untukdijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi Bijak? . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis danyang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan didunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan,senjata,perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar?Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesisyang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama,persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel,setelahmengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sangibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli bukumetamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ya,ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau,semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak Perkara ini membuat saya tertari kuntuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baikuntuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pilminyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi,perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikanialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidakakan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumahYahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.



Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis ygmendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya,pemilikpengeluar rokok terbesar adalah tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam,diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanakYahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arabdan Inggerisdan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, iniadalah suatukewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapatmeningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untukotak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaumYahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadisaya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbezatentang IQ danboleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagimereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap ditelit idengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10pelajar setiapkumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan,dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milikYahudi, makatidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satucaranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain diTimur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala danianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan?Kegemaranmereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dellcomptr, Cocacola,DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. GraduanYahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah sibuk melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi,seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah singapura dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuahpulau sebesar Manhattan!!Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok,saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta,dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!!dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universititer dapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka dipertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok?.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa,adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler,bagi saya itu isupolitik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya,ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah sayanyatakan diatas tadi,pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5mukasurat penuh.Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon.

P/S:summary thesis ini ana dapat dari seorang sahabat melalui e-mail, semoga kita mengambil perkara2 baik yang terdapat hasil dari kajian ini...namun, terbukti, banyak perkara yang di ajar oleh Islam dan rasulullah sendiri, telah diamalkan oleh kaum yahudi dan beberapa bangsa yang lain, menyebabkan mereka mendapat kesannya yang baik...FIKIR2KAN WAHAI ULUL-ALBAB!!

Tuesday, June 10, 2008

petrol 'MEMBAKAR' aqidah

Assalamualaikum...




Pengumuman kenaikan harga petrol semalam disambut `riang' oleh rakyat Malaysia sehingga stesen-stesen minyak di seluruh negara `berpesta' sakan. Kenaikan ini pada mulanya di umumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad bahawa berkuatkuasa Ogos nanti namun indah khabar dari rupa. Kenaikan sebanyak 78 sen kepada RM2.70 seliter menggambarkan situasi yang sangat membimbangkan ramai pihak terutama individu yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kekhuatiran kenaikan harga barang juga menjadi perdebatan yang hangat di meja kedai kopi hingga ke meja makan dapur. Rakyat semakin resah, paniknya semakin bertambah. Dalam masa yang sama juga petrol sudah `membakar' aqidah.

MEMBAKAR AQIDAH

Selepas pengumuman tersebut, dunia seolah-olah mengalami `kiamat' kecil. Stesen-stesen minyak sesak sejak awal petang lagi hingga lewat tengah malam.

Solat maghrib terlepas begitu sahaja akibat kesesakan yang dialami sehingga ada beberapa individu yang bergaduh kerana berlanggar sesama sendiri.

Cacian juga hinaan dilontarkan kepada kereta-kereta yang memotong barisan tanpa mengira bangsa atau agama. Setibanya di rumah lewat malam dalam keadaan yang sangat memenatkan, solat isyak tergadai begitu sahaja akibat panggilan bantal dan tilam lebih enak berbanding panggilan Ilahi untuk mengadap-Nya.

Umat Islam terutamanya sanggup mengeluarkan kenyataan yang berbaur syirik kecil;Matilah aku harga minyak sudah naik. Kalau tak isi malam ni akulah manusia paling rugi di dunia"Ayah di rumah pening memikirkan sumber pendapatan dan kos sara hidup yang semakin meningkat sehingga menolak keyakinan terhadap REZEKI dan KEBERKATAN kurniaan Allah s.w.t kepada sekalian hamba-Nya.

Ibu di dapur sebak lalu menangis mengenangkan kesulitan yang bakal dihadapi dalam membesarkan anak-anak sehingga Kekuasaan dan Keesaan Allah s.w.t diketepikan secara perlahan-lahan tanpa sedar.


Masyarakat semakin kurang solat berjemaah gara-gara masjid jauh dari rumah dan penjimatan minyak diutamakan kepada pengunaan untuk mencari nafkah di luar. Jika dahulu setiap kali hujung minggu ziarah saudara-mara menjadi rutin, tetapi alasan kenaikan harga petrol menjadi penghalang utama mengikat silaturrahim sesama saudara Islam. Ceramah-ceramah agama makin berkurang hadirinnya akibat langkah penjimatan yang dilakukan oleh masyarakat sampai ke tahap yang membimbangkan.

Peniaga-peniaga menaikkan harga barang dengan sewenangnya walaupun menerima subsidi sehingga hilang keimanan mereka kepada Allah s.w.t Yang Maha Melihat;Tak siapa tahu aku menipu dengan naikkan harga. Tak siapa nampak aku simpan stok untuk tinggikan lagi harga"

Remaja-remaja rempit yang berkeliaran kian giat merompak dan meragut untuk `menyara' tunggangan mereka yang bernama 125Z dan RXZ.




Jenayah seksual juga semakin meningkat akibat kos kenduri dan pernikahan dalam masyarakat Melayu terutamanya menghambat pasangan yang ingin berumahtangga untuk menyediakan sekurang-kurangnya puluhan ribu ringgit. Keinginan yang menggila untuk menyediakan pelamin yang gah, kenduri yang besar, persalinan pengantin yang banyak, upah jurugambar, dan sebagainya menjerut leher mereka sendiri sehingga menolak persoalan KEBERKATAN dalam pernikahan itu sendiri.Tidak hairanlah muda-mudi hari ini memilih jalan yang paling mudah untuk mengisi `keperluan' mereka sebagai manusia yang sudah lanjut usia dengan menyewa hotel murah bersama pasangan tanpa mengeluarkan belanja yang besar. Malah lebih teruk lagi ada yang menculik dan merogol sesiapa sahaja yang berkesempatan.

Bagi keluarga yang sudah biasa dengan hidangan yang sedap serta mahal harganya mula resah akibat kenaikan harga barangan yang melambung. Hidangan yang dihadkan kepada lauk-pauk yang murah mengakibatkan anak-anak mula merajuk. Isteri di dapur pula sehari semalam berleter kepada si suami untuk mencari wang yang lebih untuk menyara keluarga. Suami yang kepenatan tertekan dan kadang-kala boleh menjurus ke arah membunuh diri. Struktur sosial keluarga kian terhakis satu demi satu.

Kenderaan di halaman rumah yang memerlukan petrol yang mencukupi untuk digerakkan menjadi harta utama yang dipandang oleh masyarakat. Hanya kerana ingin bergaya, kereta mewah dan menggunakan petrol yang banyak sanggup dibeli semata-mata memenuhi pandangan masyarakat terhadap KEBAHAGIAAN dan KEJAYAAN yang salah takrifannya.

Situasi ini menampakkan kepada kita kerakusan manusia dalam mengejar kepentingan sendiri tanpa memikirkan soal hidup orang lain.Masyarakat yang longgar aqidah mereka kian menjunam ke lembah syirik secara perlahan-lahan. Benar bukan? Petrol `membakar' aqidah.

BERTUHANKAN DUNIA

Situasi ini berlaku apabila manusia itu sendiri `menyembah' dunia serta menolak kebenaran Islam yang dibawa melalui al-Quran dan al-Sunnah. Persoalan gaya hidup mewah menjadi kegilaan yang sangat menggerunkan sehingga ada yang sanggup menggadaikan maruah dan kehormatan untuk mencapai kesenangan hidup.

Lambakan iklan-iklan yang menjaja kemodenan yang berteraskan nafsu dikayakan dalam media massa serta disuntik ke dalam pemikiran rakyat.

Maka, masyarakat selesa berada dalam keadaan mewah ini tanpa memikirkan persoalan nasib orang lain yang tertindas dan hidup dalam serba kekurangan.Kenderaan mewah yang menimbulkan kemegahan masyarakat selama ini menjadi ukuran kekayaan seseorang di mata masyarakat.

Malah hampir semua perniagaan langsung dan Multi Level Marketing (MLM) menggambarkan usahawan yang berjaya mesti memiliki kerta mewah sebagai kayu ukur kejayaan hidup seseorang. Adakah benar dengan memiliki kereta mewah seseorang itu dianggap berjaya?

Kejayaan dalam konteks kebendaan yang dilihat ternyata merosakkan sistem masyarakat. Masyarakat sudah menodai Rukun Negara yang pertama tanpa disedari; Kepercayaan Kepada Tuhan.Persoalan gaya hidup yang terlalu mementingkan kemewahan dan keselesaan menampakkan kepincangan mentaliti masyarakat, tidak terkecuali kepada umat Islam.

Saranan gerakan sivil serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan selama ini yang tidak diambil endah kian difokuskan sebagai jalan keluar segala permasalahan yang dihadapi saban hari.

Dahulunya pandangan golongan ini dianggap sebagai `kurang waras' oleh masyarakat akibat racun pihak media massa yang menusuk setiap urat nadi rakyat.

MEMADAM KEBAKARAN

Saranan YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada rakyat untuk menukar gaya hidup dilihat sebagai "meludah ke langit". Sebagai seorang pemimpin yang beragama Islam, riwayat hidup saidatina Khadijah wajar dijadikan sebagai iktibar dan pedoman kepada seluruh umat Islam. Apabila musyrikin Mekah memboikot penganut Islam ketika itu, saidatina Khadijah tampil dengan menggunakan kesemua hartanya sebagai penyelamat kepada kesengsaraan yang dialami umat Islam sehingga beliau jatuh miskin. Saidina Abu Bakar pula sanggup menghabiskan semua hartanya dalam membantu penderitaan umat Islam sehingga beliau berkata:Hanya Allah s.w.t dan Rasul-Nya sahaja yang aku tinggalkan kepada isteri dan anak-anakku"

Tauladan yang mulia ini sepatutnya dijadikan ikutan setiap umat Islam yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t dan percaya kepada pertolongan- Nya dalam setiap kesulitan yang dihadapi. Jika umat Islam memahami syari'at Islam serta mengambil tindakan bersama untuk menangani segala permasalahan yang dihadapi berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah, tidak ada yang mustahil dengan pertolongan dari-Nya.

Majoriti menteri dan ahli parlimen beragama Islam. Malah kekayaan golongan ini mencapai ke suatu tahap yang sangat tinggi sama ada melalui pengisytiharan harta secara terbuka mahupun yang disembunyikan. Tidak mustahil dengan ketokohan golongan ini mengambil iktibar keperibadian saidina Abu Bakar al-Siddiq serta saidatina Khadijah sedikit sebanyak mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi krisis harga petrol yang melambung. Sangat sukar tetapi tidak mustahil. Mengapa? Penanaman aqidah yang sahih dalam diri masyarakat di Malaysia sedikit longgar sejak kecil akibat kepincangan sistem pendidikan namun keyakinan kepada ganjaran Allah s.w.t wajib menjadi pegangan utama. Peringatan ini harus diulangi saban hari.

Firman Allah s.w.t dalam Kitab-Nya:Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)"[QS al-Rûm 30:41]

Mari kita sama-sama memikirkan kembali kerosakan yang kita lakukan di dunia sama ada bersifat zahiriah mahupun batiniah. Semoga Allah s.w.t menghimpunkan kita dalam golongan yang bersyukur dengan apa yang ada dan beriman kepada-Nya dengan sebenar-benar iman. Astaghfirullah.
sumber:www.darahmerdeka. wordpress. com

Thursday, June 5, 2008

Hari Esok..




Assalamualaikum wbt...

Hari ini.. diri ini terdetik meninggalkan catatan di sini... setelah banyak kali gagal meluangkan masa untuk berbuat y demikian....

Dan diri ini sentiasa mendoakan faedah pahala buat kedua orang tuaku....

Diri ini bersyukur ya Tuhan, atas segala nikmat pemberianMu...

jangan palingkan pandangan, dan rahmat kasih sayangMu pada ku...

Dan pasti... doaku para duat Islam sentiasa dibawah rahmat Illahi....

Para mujahideen sentiasa mendapat pertolongan dariMu, Tuhan Yang Satu.
Dan HARI ESOK..

Moga Islam YANG HAQ yang sentiasa dijulang dan SENTIASA MENANG atas segala yang batil.





Hari Esok Untuk Islam

Kemenangan Islam Menurut Al Quran.

Kemenangan Islam terhadap agama-agama lain.

" Dia yang mengutuskan RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar(agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai" (At Taubah: 33)

Mukmin sebagai khalifah di muka bumi .

"Dan Allah telah menjanjikan bagi orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amalan soleh, bahawa Allah akan mengangkat mereka menjadi khalifah di muka bumi, sebagaimana orang-orang dahulu telah menjadi khalifah, dan Allah akan menetapkan agama mereka(Islam) yang diredhainya untuk mereka, dan akan menggantikan ketakutan mereka dengan keamanan. Mereka menyembah Aku dan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu juapun. Barang siapa yang kafir sesudah itu, maka mereka itulah orang yang fasik." (An-Nur: 55)

Pertolongan Allah kepada Mukminin .

"Sehinggalah rasul-rasul itu telah berputus asa, dan mereka menyangka bahawa mereka telah didustakan, datanglah kepada mereka pertolongan kami, lalu diselamatkan orang-orang yang kami kehendaki. Dan tidak dapat ditolak siksa kami daripada orang-orang yang berdosa." (Yusuf: 110)

Hancurnya perancangan dan tipu daya musuh

"Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya mereka dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya."( Al Anfal: 30)

Kemenangan Islam menurut As Sunnah

Tersebarnya Islam di seluruh alam.
Diriwayatkan oleh Tamim Ad Dari, berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya, urusan ini (Islam) akan sampai ke mana sahaja uang sampai oleh malam dan siang. Allah tidak akan meninggalkan sebuah rumahpun daripada penduduk dusun dan kampung melainkan Allah akan memasukkan ke dalamnya agama ini, sama ada memuliakan orang yang mulia ataupun denga menghina orang yang hina, iaitu Allah muliakan dengan Islam dan menghinakan dengan kekufuran. (Riwayat Ahmad)

Kekuasaan Islam di Timur dan Barat

Daripada Thauban daripada Nabi s.a.w bersabda: " Sesungguhnya Allah telah melipatkan bumi bagiku (menghimpunkan dan mengumpulkannya) lalu akau dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai ke semua tempat bumi yang dilipatkan bagiku.." (Riwayat Muslim)

Kemenangan Muslimin terhadap Yahudi

Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Tidak berlaku kiamat sehingga muslimin memerangi Yahudi. Mereka dibunuh oleh muslimin sehingga orang yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok. Batu dan pokok itu berkata: Wahai muslim, wahai hamba Allah, Ini dia yahudi berada dibelakangku. Kemarilah dan bunuhlah dia. Melainkan pokok gharqad. Sesungguhnya ia adalah daripada pokok Yahudi" (Riwayat Muslim)

Kembalinya khalifah di atas manhaj Nubuwwah

Daripada Huzaifah, bahawa Nabi s.a.w bersabda: Berlakunya zaman kenabian di kalangan kamu sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah untuk belaku. Kemudian Allah mengangkatkannya (menghilangkannya) ketika mana dia mengkehendaki. Kemudian berlaku pula khilafah di atas manhaj kenabian. Maka berlangsunglah ia sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah untuk berlaku. Kemudian Allah mengangkat ketika mana Dia mengkehendakinya. Kemudian berlakunya pula pemerintahan raja yang 'menggigit' (zalim). Maka berlakula ia sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Allah megangkatkannya. Kemudian berlaku pula pemerintahan raja 'paksaan' (kuku besi). Maka berlakulah ia sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Allah mengangkatkannya ketika mana dia mengkehendaki. Kemudian berlaku pula khilafah di atas manhaj kenabiaan.

Tuesday, April 29, 2008

Di PADANG nanti...


Assalamualaikum w.b.t



PADANG ...


As MUSLIMs, we believe of THE END OF THE DAY...


THE DAY OF JUDGEMENT BY OUR LORD...ALLAH S.W.T


setiap kali insan yang bernyawa diperingatkan tentang kebenaran


bahawa akan berlaku perhimpunan seluruh ummat manusia di sebuah PADANG MAHSYAR.....


Maka akan bergetarlah seluruh jiwa....


membayangkan rasa takut dan gerun....


Bimbang kalau2 diri sendiri tidak selamat waktu itu ...


dan ketika berada di PADANG itu...


Dan berharap-harap semoga diri di beri rahmat oleh Tuhan Yang Maha Satu...


Dan tergolong antara para solihin....


..........


Semoga blog ini menjadi 1 wadah buat kita semua bermuhasabah....


Tentang dunia kini...


Tentang diri, tanggungjawab dan amalan kita...


Tentang ummah Islam...


Tentang pelbagai perkara selagi diizinkan Allah...


Semoga perkongsian ini mendapat Redha Allah jua....